suria

Dera dua bayi: Polis mohon lanjutan perintah reman terhadap pengasuh 21 tahun

Suspek berusia 21 tahun ditahan reman sejak 16 Mei lalu.

PERINTAH reman terhadap seorang wanita yang ditahan kerana mendera dua bayi dilanjutkan, kata Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan bukti yang cukup selain menunggu laporan kesihatan.

"Reman akan tamat pada 19 Mei tapi kita akan mohon untuk lanjutkan supaya dapat mengumpul bukti.

"Apabila sudah selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Terdahulu, polis bertindak atas penularan dua klip video di sosial media.

"Video dikongsikan dan telah menjadi tular, jadi kami melakukan siasatan," tambahnya.

Suspek yang juga pengasuh berusia 21 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana melakukan penderaan ke atas dua bayi di pusat jagaan Taman Mutiara Rini, Iskandar Puteri, Johor. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain