suria

Gordon Ramsay puji cara Khairulaming masak, siap tegur sudu kayu kecil sangat... Netizen usik minta beratur beli sambal Nyet!

Video masakan Khairulaming mendapat perhatian Gordon Ramsay.

VIDEO memasak puding kukus gula hangus yang dikongsikan personaliti masakan terkenal, Khairulaming di TikTok mendapat pujian cef selebriti antarabangsa, Gordon Ramsay.

Ramsay yang juga merupakan pengusaha Restoran Gordon Ramsay di Chelsea, London teruja melihat Khairulaming menunjukkan kaedah memasak makanan tradisional suku kaum Maori, New Zealand itu.

Pujian terhadap Khairulaming atau Khairul Amin Kamarulzaman itu dibuat Ramsay menerusi video duet di TikTok miliknya.

Tangkap layar video Khairulaming menunjukkan cara menyediakan puding kukus gula hangus.

Untuk rekod hidangan puding kukus gula hangus itu merupakan salah satu resipi yang terkandung dalam buku masakan Gordon Ramsay's Uncharted: A Culinary Adventure terbitan National Geography.

Apa yang menarik dalam sesi duet itu ialah teguran Ramsay terhadap sudu kayu ikonik digunakan Khairulaming.

"Belikan sudu yang lebih besar sempena Krismas... sudu itu terlalu kecil," kata Ramsay.

ARTIKEL BERKAITAN: Masakan terlebih minyak, resipi sambal hijau Khairulaming ditegur Dr Rafidah - “Harap akan datang adalah makanan sihat”

ARTIKEL BERKAITAN: Khairulaming mulakan aksi bulan Ramadan dengan menu sahur, awas resipi simple tapi boleh buat diet hancur!

Selain itu Ramsay turut memaklumkan dia bakal ke Malaysia minggu depan.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 747,000 tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dan merakamkan ucapan tahniah kerana Khairulaming berjaya menarik perhatian Ramsay yang juga sinonim dengan komen celupar.

Tangkap layar video Khairulaming mencuba puding kukus gula hangus.

Malah ramai turut berharap supaya mereka berdua dipertemukan dan membuat kolaborasi video masakan.

"Tolong temukan mereka dan masak bersama.

"Untungnya cef Ramsay kenal dia.

komen ramsay

Antara komen netizen.

"Hai cef, harap awak ada masak untuk bertemu Khairulaming memandangkan dia personaliti sensasi tempatan dan banyak memberi inspirasi untuk masak.

"Hasil kerja yang terbaik, Khairul Aming! dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," ujar beberapa netizen.

Susulan itu, Khairulaming menerusi hantaran di Instagrammnya berkongsi perasaan terharu atas pujian Ramsay.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain