suria

Berapa banyak kena menabung? Ini cara simpan dan gandakan duit dalam akaun, boleh guna masa kecemasan

Pelaburan ASB dan ASB 2 dapat memenuhi matlamat kewangan dalam jangka panjang. gambar hiasan

KENAIKAN harga barang serta peningkatan kos sara hidup menjadi antara masalah utama dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Ia bukan sahaja melibatkan harga barangan harian, malah turut merangkumi kos untuk membeli rumah, pembiayaan pendidikan dan sebagainya.

Apa yang lebih membimbangkan, situasi ini diburukkan lagi dengan statistik 71 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mempunyai wang mencukupi untuk persaraan pada masa depan.

Jadi bagaimana kita mahu menghadapi situasi ini? Jawapannya adalah dengan membuat simpanan wang yang mencukupi.

Berbekalkan pendapatan yang diperolehi, kita seharusnya bijak menetapkan keutamaan serta tahu untuk membezakan antara keperluan dan kemahuan.

Ibarat mengukur baju di badan sendiri, kita perlu menyelaraskan gaya hidup berdasarkan kemampuan ekonomi masing-masing serta lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam merancang kewangan.

Selain itu, kita juga seharusnya menjadi pengguna bijak dalam setiap pembelian yang dilakukan dan menguruskan hutang yang ada agar ia tidak menjadi beban kewangan pada masa akan datang.

Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita yang sudah terbiasa membuat simpanan wang khususnya untuk matlamat jangka pendek.

Contohnya, kita menyimpan wang untuk dijadikan sebagai deposit membeli kenderaan, membayar cukai jalan tahunan, persiapan sekolah serta persiapan di musim perayaan.

Segelintir individu terpaksa mencari jalan singkat untuk mendapatkan wang mudah ketika berlaku kecemasan.

Segelintir individu terpaksa mencari jalan singkat untuk mendapatkan wang mudah ketika berlaku kecemasan.

Namun harus diingat, simpanan bukan semata-mata untuk mencapai impian dan sasaran, sebaliknya kita semua juga perlu memiliki simpanan kecemasan.

Tujuan tabung kecemasan adalah bagi menampung perbelanjaan mendesak dan di luar jangkaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja kepada diri sendiri ataupun keluarga.

Kebiasaannya kita akan menggunakan dana kecemasan ini apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini dan memerlukan sejumlah wang dengan cepat.

Dengan adanya tabung kecemasan ini, anda tidak lagi perlu meminjam wang dan berhutang dengan saudara mara atau ‘ah long’.

Lebih memburukkan keadaan, segelintirnya sanggup menggunakan kad kredit dengan kadar faedah yang tinggi apabila kesempitan wang.

Jadi, simpanlah tabung kecemasan di tempat yang selamat dan mudah diakses dan asingkan ia dengan simpanan di bank yang dikhususkan untuk keperluan harian seperti membayar bil, perbelanjaan makan dan minum.

Selain tabung kecemasan sendiri, anda juga perlu ada simpanan atau pelaburan jangka masa panjang untuk persaraan, pendidikan anak-anak atau sebagainya.

Memang bagus sekiranya anda mempunyai simpanan persaraan di KWSP yang mencukupi, tetapi perlu juga ada simpanan di tempat lain bagi menampung keperluan kewangan di masa hadapan yang dijangka lebih tinggi.

Tambah simpanan dalam ASB dan ASB 2, sekali gus berpeluang sertai kempen Simpan Vaganza.

Sebab itulah anda juga perlu membuat pelaburan dalam instrumen lain seperti ASB dan ASB 2 untuk memenuhi matlamat kewangan, sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Seperti yang ramai sedia maklum, ASB dan ASB 2 merupakan salah satu instrumen pelaburan khusus untuk Bumiputera untuk menambah simpanan.

Antara kelebihannya, ia mampu menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Ini kerana ASB dan ASB 2 merupakan unit amanah harga tetap dan modal pelaburan tidak akan berkurangan kerana harga seunit kekal pada RM1.

Baru-baru ini, had pelaburan individu bagi ASB dan ASB 2 telah ditingkatkan kepada RM300,000 setiap seorang. Peningkatan ini bertujuan untuk menggalakkan budaya menyimpan dalam kalangan Bumiputera selaras dengan keperluan kewangan yang semakin tinggi. Lebih-lebih lagi untuk mengekalkan taraf hidup sedia ada di zaman sekarang, memerlukan komitmen kewangan yang tinggi.

Oleh itu, mustahak untuk kita membuat pilihan yang tepat dan berdisiplin untuk menyimpan dan melabur. Duit yang disimpan di ASB dan ASB 2 kalau dibiarkan lama boleh berkembang dengan kuasa kompaun sekiranya modal dan dividen tidak dikeluarkan dalam jangka masa panjang, sekali gus dapat membantu kita pada masa hadapan.

Cari tempat yang selamat, pelaburan konsisten setiap tahun dan teruskan melabur.

Melaburlah bersama ASB dan ASB 2 dan anda berpeluang untuk menyertai dan peluang menang 3 buah hadiah kereta dalam kempen Simpan Vaganza.

Maklumat lanjut boleh layari laman web ASNB.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain