suria

Kejam! Kucing dijerut terbiar di bingkai tingkap... "Tolong singkirkan semua warga asing dari Malaysia" - Netizen

Keadaan seekor kucing yang mati akibat dijerut. -Gambar Persatuan Haiwan Malaysia

TIDAK berperikemanusiaan.

Begitulah tindakan individu yang terlibat dalam penganiayaan seekor kucing di sebuah kediaman Persiaran Intan Hulu Langat, Selangor.

Mana tidaknya, seekor kucing berwarna hitam bukan sahaja dijerut di leher menggunakan dawai, malah digantung pada bingkai tingkap di kediaman dua tingkat berkenaan.

Bangkai kucing dibawa turun.

Bangkai kucing dibawa turun. -Gambar Persatuan Haiwan Malaysia

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika, kejadian disedari pada pukul 10 pagi, 2 Jun oleh seorang penduduk.

Dia turut mengesyaki perlakuan keji serta tidak berperikemanusiaan itu dilakukan salah seorang penghuni rumah berstatus warga asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak macam singa putih, tapi bukan... Pemilik susah hati kucing hilang daripada pelukan, terjun lari terkejut dengar mercun

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak kurung kucing dalam boot kereta, nak seludup naik kargo ke Sabah! Ramai risau si bulus mati kepanasan

Dakwaan itu dibuat susulan warga asing terbabit tidak menyenangi kehadiran kucing jalanan yang berlegar di sekitar kawasan rumah yang didiaminya.

“Satu laporan polis dibuat secara rasmi semalam pada pukul 1.11 pagi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat supaya satu siasatan terperinci terhadap penjenayah berkelas haiwan ini dilakukan menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan segera,” ujarnya.

Lepas dah tangkap. Haramkan manusia ni daripada jejak kaki di Malaysia.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelayar Twitter turut mengecam tindakan pelaku warga asing terbabit.

Tidak kurang juga yang berharap dia dikenakan balasan setimpal kerana menganiaya haiwan selain turut mengugut untuk mencederakan pelaku tersebut.

Keadaan kucing hitam yang dijerut menggunakan dawai. -Gambar Persatuan Haiwan Malaysia

Keadaan kucing hitam yang dijerut menggunakan dawai. -Gambar Persatuan Haiwan Malaysia

“S*** punya pelaku. Semoga dia pun mati dalam keadaan sama malah lagi teruk!

“Jumpa orang buat ni, sebelum hantar ke balai... pijak dulu manusia s*** macam ni.

"@PDRMsia @anwaribrahim tolong ambil tindakan! Tolong singkirkan semua warga asing dari Malaysia please!

“Lepas dah tangkap. Haramkan manusia c***** ni daripada jejak kaki di Malaysia,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain