suria

Bersama hingga nafas terakhir... 2 beradik wanita temui ajal, kereta terperosok bawah lori tangki

Kereta dinaiki dua mangsa terperosok di bawah lori tangki.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya tentang dua beradik yang meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat Felda Lepar Hilir di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang pada Selasa malam.

Dalam kejadian itu, kereta dinaiki Siti Mazurah Zulkifli, 30, dan Siti Nur Alia Saffiyah, 18, dirempuh lori dengan muatan petroleum, menyebabkan mereka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, kereta dinaiki dua mangsa itu terperosok ke bawah lori pada pukul 11 malam.

"Kemalangan pada 11 malam itu dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan ke sebuah stesen minyak di Gambang hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Dua beradik itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Dalam perkembangan lain, pemandu lori yang berusia 31 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan keputusan negatif.

Kes itu siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain