suria

Penunggang Ducati maut elak motosikal lawan arus, tercampak dari ‘flyover’

Seorang penunggang maut selepas cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus. -Gambar Info Semasa Official

MENGERIKAN dan menyayat hati!

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati maut di tempat kejadian selepas tercampak daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 tengah hari itu, penunggang berkenaan sedang menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.

Penunggang malang itu kemudiannya hilang kawalan ke atas motosikalnya dan terbabas merempuh pembahagi jalan sebelum terjatuh ke bawah jejambat.

Video insiden itu diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.

347149350_227505253377768_8252267450367499522_n

Keadaan motosikal mangsa.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain