TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lantang dibidas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berikutan tindakannya meminta nombor telefon seorang pelajar tingkatan enam dalam satu program. Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz meminta Anwar untuk memohon maaf kerana perlakuannya sebagai seorang yang mempunyai pangkat dan kedudukan itu memberikan cerminan negatif kepada masyarakat.Terdahulu, kejadian berlaku ketika Perdana Menteri menghadiri program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu.Program Temu Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia. Ketika program tersebut Anwar menjawab soalan seorang pelajar tingkatan 6 SMK Tunku Ampuan Durah yang memperkenalkan dirinya sebagai Adriana.Anwar ketika menjawab soalan itu memuji pertanyaan tersebut dan secara berseloroh mengatakan akan meminta nombor telefon daripada pelajar berkenaan sekiranya dia masih muda."Kebanyakan lelaki lanjut usia akan menganggap ini hanya sebagai gurauan. Wanita berhadapan dengan 'gurauan' ini hampir setiap hari.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan ‘miming’! Pemuda ini boleh tiru ‘sebiji’ suara, cara PM bercakap - “Kena tarik sikit, sebab ada sengaunya”"Dan hampir setiap hari juga kami terpaksa terangkan mengapa kami tidak merasakan perkara ini sesuatu yang lawak dan patut dijadikan bahan jenaka."Untuk melihat Anwar melakukannya di atas pentas di depan khalayak ramai hanya akan membuatkan amalan ini diserap menjadi normalisasi."Anwar kena minta maaf secara terbuka sebagai contoh teladan kepada lelaki lain. Pastikan mereka di luar sana faham bahawa kelakuan ini tidak baik. Lebih-lebih lagi ia datang daripada seseorang yang mempunyai kedudukan kuasa," katanya.Tambah Amira lagi, cukup sekadar memuji pencapaian seorang wanita itu jika berasa kagum dan tidak perlu menyentuh soal rupa atau tubuh badannya.Ciapan Amira di Twitter. "Jika anda kagum dengan gadis itu, puji sahaja dia tanpa membuat komen yang mengganggunya,” katanya melalui satu ciapan di Twitter.Dalam sesi soal jawab itu, Adriana bertanyakan dua soalan kepada Anwar iaitu bagaimana generasi muda boleh membantu Malaysia menjadi negara kelas pertama dan mengenai rancangan kerajaan untuk memulihkan semula nilai Ringgit.Anwar seterusnya memuji Adriana kerana kepetahannya bercakap serta mengemukakan soalan dengan tersusun."Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon dah," seloroh Anwar yang memuji pelajar tersebut selepas dia bertanya soalan kepadanya."Datuk Seri tak dapat, bagi dekat saya," kata moderator sesi itu mencelah."Okay Okay bergurau je," tambah Anwar.Anwar kemudian mengatakan isterinya Wan Azizah Wan Ismail turut ada menonton siaran langsung tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!