KERAJAAN menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun serta semua mahasiswa yang berkelayakan. e-Tunai Belia Rahmah adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan dan membudayakan pembayaran tanpa tunai di kalangan belia. Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 boleh ditebus pada 26 Jun (hari ini). ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2023: Belia dapat kredit e-Tunai RM200, keluarga miskin tegar layak terima RM3,100 Berikut dikongsikan cara penebusan kredit e-Tunai RM200 eBelia Rahmah berjumlah RM200 mulai 26 Jun melalui apps TNG, Boost & Setel: 1) Pilih paparan eBeliaRahmah 2) Pilih 'claim now' 3) Pilih 'verify now' 4) Pilih jenis ID anda 5) Imbas bahagian depan ID anda 6) Ambil gambar swafoto 7) Selepas memastikan semua butiran adalah betul, klik 'continue' 8) Isi butiran yang diperlukan dan tekan 'submit' 9) Permohonan anda sudah berjaya dihantar 10) Anda akan menerima notifikasi selepas menghantar permohonan 11) Jika permohonan diluluskan, anda akan melihat kredit eBeliaRahmah RM200 di dalam e-waalet anda Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk halaman FAQ masing-masing di tapak web TNG, Boost dan Setel. - THESTAR Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!