suria

Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah mengugut, aib kehormatan orang awam

Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

INSPEKTOR Sheila yang tular beberapa kali di media sosial kerana mengaibkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Selayang.

Sheila Sharon Steven Kumar turut memohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan.

"Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan," katanya selepas tuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan di dua Mahkamah Majistret berasingan.

Terdahulu, pegawai polis itu yang ditahan kerja sejak minggu lalu.

Dia berdepan kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial pada Khamis yang memaparkan dirinya mencemuh seorang anggota berpangkat Lans koperal dalam kejadian di Gombak, Selangor.

Media sebelum ini turut melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' yang bertengkar dengan orang awam di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain