suria

Identiti lapan mangsa hilang dalam tragedi kepala air dikenal pasti

Gambar sekeluarga yang menjadi mangsa tragedi kepala air di Kampung Air Putih di Kemaman. -Gambar media sosial

IDENTITI lapan lagi individu yang dikhuatiri masih hilang dalam tragedi kepala air ketika berkelah di Kampung Air Putih di Kemaman, pada Ahad, sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Karim Abdullah, 39, dan enam anaknya yang dikenali sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziqah Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan yang dipetik Kosmo berkata, Karim merupakan suami kepada Azizah Eiyi, 40, yang mayatnya dijumpai pada Ahad (semalam).

Sementara itu seorang lagi mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Fikri Salman, 24, yang merupakan tunang Putri Balqis Izzati.

Pada Ahad, media melaporkan penemuan mayat Azizah berhampiran Kubur Kampung Laut, Pasir Gajah, dan mayat Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, yang merupakan anak keempat pasangan berkenaan.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada pagi Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain