suria

Doakan kematian Abdul Hadi, Tun M... PM gesa pengguna Twitter mohon maaf segera!

Anwar mengarahkan individu itu memohon maaf segera atas ciapan biadab yang dikongsinya. Foto: REUTERS/Lim Huey Teng

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang memuat naik ciapan berhubung kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dalam catatan Twitter pada Ahad, Anwar mengarahkan lelaki dikenali sebagai Zaki Yamani itu memohon maaf atas kenyataan yang diterbitkannya menerusi Twitter.

"Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera," ciap Anwar.

Zaki pada Sabtu menulis kenyataan yang menghina keadaan kesihatan Abdul Hadi dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

ciapan

Tangkap layar ciapan lelaki tersebut.

Kesihatan Abdul Hadi dilaporkan semakin merosot dan beliau kini mendapatkan rawatan di hospital.

Tindakan Zaki yang mendoakan kematian Abdul Hadi serta Mahathir menyebabkan dia menerima kecaman netizen.

Terdahulu, anak lelaki kepada Abdul Hadi iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi meminta orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

“Tolong doakan ayah saya kerana kesihatannya semakin merosot sebelum Hari Raya Aidiladha dan dia sedang mendapatkan rawatan dan sedang dipantau doktor di hospital," tulisnya di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain