KETIKA ini, semua perkhidmatan boleh diakses hanya menerusi hujung jari. Salah satunya adalah perkhidmatan e-hailing yang memudahkan seseorang menempah kenderaan untuk membawanya ke destinasi yang ingin dituju dengan kadar tambang tertentu. Di Asia Tenggara, jelas sekali perkhidmatan e-hailing sedang berkembang dengan begitu pesat. Ini sekali gus menandakan peningkatan mobiliti di mana ia perlu bergerak seiring untuk memperkasakan komuniti dengan menyediakan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan yang sebelum ini tidak dapat dicapai. Secara tidak langsung, ia menandakan satu perkembangan yang positif dalam konteks meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan dalam masa yang sama mewujudkan peluang untuk meraih pendapatan. Namun begitu, dalam kerancakan perkhidmatan e-hailing yang wujud ketika ini, pengguna bergelut dengan kadar tambang yang dikenakan dan dalam masa yang sama, pemandu turut merungut mengenai kadar komisen yang tinggi. inDrive membolehkan penumpang dan pemandu merunding secara terus mengenai tambang perjalanan yang dipersetujui. Isu-isu ini diburukkan lagi dengan kekurangan persaingan yang sihat antara penyedia perkhidmatan e-hailing. Menyedari perkara tersebut, inDrive tampil menjadi penyedia perkhidmatan e-hailing yang menawarkan pengalaman berbeza kepada pengguna. Menurut data inDrive, penumpang di pusat bandar Kuala Lumpur cenderung untuk menggunakan perkhidmatan mereka bagi perjalanan pergi dan balik dari hab pengangkutan seperti stesen kereta api, LRT, MRT dan Monorel. Data yang diperoleh antara Januari hingga Jun 2022 menunjukkan kira-kira 9.84 peratus daripada jumlah perjalanan dibuat dari lokasi berkenaan, manakala kira-kira 8.57 peratus jumlah perjalanan dibuat pada waktu puncak. inDrive tampil jadi solusi terbaik Aktif di 614 bandar dan di 47 negara termasuk beberapa negara di Asia Tenggara, inDrive merupakan aplikasi mobiliti kedua paling banyak dimuat turun di seluruh dunia. Sejarah inDrive bermula apabila pemandu teksi di Yakutsk, bandar paling sejuk di dunia, bertindak sebagai kartel untuk menaikkan harga tambang dan para pelajar di bandar tersebut bergabung mewujudkan hab media sosial untuk menghubungkan penumpang dan pemandu. Ini menarik tumpuan Ketua Pegawai Eksekutif inDrive, Arsen Tomsky yang memandang tinggi idea tersebut dan mula menubuhkan inDrive. Sejak titik permulaannya, tujuan inDrive adalah untuk "memperjuangkan keadilan". Seiring dengan misi memperjuangkan keadilan, inDrive bukan sahaja menjadi pilihan solusi terbaik untuk penumpang dan pemandu, malah tampil sebagai penyedia perkhidmatan e-hailing yang lain dari yang lain dengan mengenengahkan konsep ketelusan, kebebasan memilih dan keadilan kepada pengguna. Ketua Pegawai Eksekutif inDrive, Arsen Tomsky. Berikut adalah fakta-fakta menarik yang anda perlu tahu tentang inDrive: 1) Beroperasi menggunakan model unik iaitu penetapan harga peer-to-peer (berbanding dengan penetapan harga berasaskan algoritma). Ciri ini membolehkan penumpang dan pemandu merunding secara terus mengenai tambang perjalanan yang dipersetujui. 2) Ini bermakna penumpang boleh 'tawar-menawar' (negosiasi), kemudian memilih pemandu berdasarkan rating, masa ketibaan dan model kereta mereka. 3) Pemandu pula boleh memilih permintaan perjalanan yang sesuai kerana mereka mempunyai akses kepada maklumat lengkap untuk setiap permintaan, termasuk destinasi dan tambang yang ditawarkan. 4) Pemandu bebas menerima, menolak atau berunding harga semula dengan permintaan pengguna. 5) inDrive mengenakan fi terhadap pemandu yang jauh lebih rendah daripada kebanyakan pesaingnya, jadi pemandu memperoleh lebih banyak bahagian dalam pendapatan mereka. 6) inDrive turut menyediakan fungsi keselamatan terkini termasuk pilihan berkongsi GPS dan perjalanan waktu nyata bersama kenalan di telefon pintar sepanjang menaiki kenderaan. inDrive boleh dimuat turun di Google PlayStore, Apple App Store dan Huawei AppGallery. Dengan inDrive, andalah penentu harga untuk perjalanan anda. Tawarkan harga yang menguntungkan anda berserta pemandu berdasarkan laluan dan mula berjimat untuk kos perjalanan! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!