suria

Berita baik! Penjawat awam di Selangor dapat cuti tambahan Jumaat sempena Aidiladha

Umat Islam menunaikan solat sunat pada pagi Hari Raya Aidiladha. -Gambar hiasan

KERAJAAN Selangor bersetuju memberikan cuti tambahan kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini pada Jumaat sempena perayaan Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, cuti tambahan itu diberikan berikutan pengisytiharan tarikh Hari Raya Aidiladha pada Khamis bersamaan 10 Zulhijjah 1444 Hijrah.

"Kemudahan cuti tambahan ini adalah khusus kepada semua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan negeri sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi sambut Aidiladha Rabu, bila puasa Hari Arafah di Malaysia? Ini penjelasannya bagi yang keliru

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tahu ganjaran, kedahsyatan doa Hari Arafah! Rugi jika waktu wukuf dibiar berlalu tanpa beribadat, mohon keampunan

Menurut beliau, cuti tersebut diberikan selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Bagaimanapun, Haris berkata, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 ( Akta 265).

"Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat negeri Selangor," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain