OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Kemaman, menemukan seorang lagi mayat mangsa pada kira-kira PUKUL 7:45 pagi Selasa. Ini menjadikan kesemuanya tujuh mayat ditemukan setakat ini dan tiga lagi masih hilang. Difahamkan mayat dipercayai seorang remaja perempuan itu ditemukan di belakang Masjid Dadong. ARTIKEL BERKAITAN: Perkelahan bertukar tragedi! 2 maut, 8 hilang dalam insiden kepala air ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ketiga, keempat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar ditemukan Identiti mangsa belum disahkan berikutan pengecaman mayat belum dibuat oleh waris dan masih menunggu pengesahan pihak berkuasa. Enam mayat yang ditemukan setakat petang semalam sudah disahkan waris serta keluarga mangsa. Empat mayat ditemukan semalam ialah Karim Abdullah, 39 tahun, Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim yang berusia 10 tahun. Dua mayat pertama ditemukan pada Ahad iaitu, Azizah Eiyi, 40 tahun, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube