PASANGAN suami isteri yang bakal menimang cahaya mata pastinya teruja membeli pelbagai kelengkapan bayi. Terbaharu, seorang pengasas produk, Afini Safien menjadi bualan ramai apabila dia mendedahkan suaminya membeli sebuah kereta sorong bayi pada harga RM23,000. "Terima kasih suami. RM23,000 'melayang' untuk kereta baby sampai termimpi-mimpi memang kena beli, nanti kempunan pula katanya suami. "Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller RM23,000 ni kena beranak lagi tahun-tahun akan datang. "Bukan dia stroller mahal-mahal. Terima kasih hubby," ujarnya pada kapsyen video di aplikasi TikTok. Dalam video tersebut, pasangan yang berpakaian sedondon itu dilihat menolak kereta sorong berkenaan sambil berjalan keluar dari butik mewah. ARTIKEL BERKAITAN: Malas nak patah balik rumah, suami beli stroller baharu RM3,000 untuk anak... Isteri kata “nasib baik dia cerdik”, tak riyak Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa terkejut dengan harga kereta sorong itu. Namun, terdapat segelintir individu yang kurang senang dengan pendedahan harga tersebut dan menganggap wanita itu sekadar mahu menunjuk-nunjuk. "Kena mention harga. Kalau tak mention, tak terpaling Dior la kan? "Kita nak beli yang RM200 pun fikir dua kali. "Stroller ni boleh bergerak sendiri ke?" tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube