suria

Tragis! Bayi lelaki ditemukan mati lemas di Baling

Mangsa ditemukan mati lemas di sungai di Kampung Sungai Limau, Baling.

SEORANG bayi lelaki berusia 16 bulan ditemukan mati lemas di sungai di Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah, Sabtu (8 Julai).

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Samsuddin Mamat berkata mangsa ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Buat masa ini kami sedang menunggu ibu bapa atau penjaga mangsa untuk mengenal pasti identiti si mati,” katanya.

Mangsa dipercayai berada bersama keluarganya ketika kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain