suria

Enggan buat seks oral dalam kereta, gadis teruk dibelasah kekasih... Suspek tiba-tiba tagih simpati menangis kena tinggal

Lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya kerana menolak aksi intim. -Gambar Twitter

DEK kerana menolak permintaan jahat untuk memuaskan nafsu serakah, seorang gadis menjadi mangsa gangguan seksuan sehingga teruk dibelasah teman lelakinya menyebabkan dia mengalami kecederaan pada tubuh badan.

Pendedahan itu yang dibuat oleh seorang individu di Twitter menyebut, gadis tersebut merupakan rakannya di mana mangsa dipukul selepas menolak permintaan untuk melakukan seks oral.

"Ini muka jantan Pasir Gudang yang pukul perempuan dalam kereta perempuan tu sendiri sebab tak nak b*****, dan ini adalah thread (bebenang) untuk menyebarkan kesedaran," tulisnya.

Menurut individu berkenaan, rakannya sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut sekitar 10 bulan.

Bagaimanapun dek tidak tahan dipukul kerana asyik diminta melakukan aksi-aksi seksual, rakannya nekad untuk memutuskan hubungan.

lebam

Kecederaan yang dialami mangsa dan salinan laporan polis berhubung insiden tersebut.

"Family dia pun tak pernah sentuh dia, berani-berani kau sentuh anak orang, hilang akal mamat ni.

"Ini adalah lebam selepas kawan saya kena (pukul). Kawan saya tak pernah jalin hubungan percintaan, tapi buat pertama kalinya dalam hidup... nasib tak baik kena hadap jantan psychopath.

"Member saya ni dulu terpaksa stay dengan dia sebab dia asyik guna play card anak yatim dan tunggang kematian bapa dia untuk raih simpati orang ramai termasuk member saya sendiri," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurufoto hilang sabar 8 tahun diganggu lelaki gila seks, gigih ikut sampai UK! Fahmi Fadzil janji ambil tindakan - “Dia tak patut wujud dalam masyarakat”

Individu tersebut turut memuat naik gambar memaparkan kecederaan yang dialami oleh rakan wanitanya itu.

Selain itu, dia turut memuat naik tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp antara rakannya dengan bekas kekasih, video serta gambar lelaki berkenaan yang didakwa mencederakan diri sendiri seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

Tambahnya, rakannya juga sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

"Dia (bekas teman lelaki rakan) kena tahan reman empat hari, tapi tindakannya denda sahaja dan sekarang dia bebas dekat luar bersama rekod jenayahnya.

"Untuk para gadis di luar sana, berhati-hatilah kenal mana-mana lelaki tak kiralah baik budi macam mana pun, kalau dia dah keluar perangai baran pelik-pelik, jauhkanlah," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian individu tersebut meraih 3,811 ulang kicau selain dibanjiri komen warga maya yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa.

"Kalau lelaki start minta buat benda tak senonoh, dia bukanlah lelaki yang baik. Terutamanya kalau kamu tak nak dan dia berkeras. Tolong tahu batas-batas.

"First time jumpa lelaki nangis tak dapat benda-benda macam ni, kelakar!

"Kurang ajar punya jantan, tak dapat sedap, dia punya psycho tahap tiada maruah diri," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain