suria

Sanusi ditahan 3 pagi, akan didakwa di mahkamah

Tangkap layar video yang menunjukkan Sanusi ditahan polis.

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan polis pada pukul 3 pagi Selasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh setiausaha politiknya, Hilmi Abd Wahab.

Video yang tular di media sosial awal pagi Selasa menunjukkan Muhammad Sanusi dikerumuni anggota polis.

Hilmi berkata, sekumpulan 20 anggota polis telah menunggu di luar bilik hotelnya sebelum dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

"Kami dimaklumkan polis bahawa beliau ditahan di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948," kata Hilmi.

Muhammad Sanusi pada Selasa dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang pada pukul 9 pagi.

Semakan di laman web https://efs.kehakiman.gov.my/ menunjukkan kes Muhammad Sanusi telah didaftarkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang berasingan di hadapan hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina institusi beraja di Selangor.

Menteri Besar Kedah itu telah mengeluarkan permohonan maaf kepada Sultan Selangor pada Jumaat lepas. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain