suria

Muncul keluarga fahaman sesat dakwa Nabi Muhammad adalah Allah, ramai minta pihak berkuasa segera bertindak

Sebuah keluarga muncul mengakui Nabi Muhammad sebagai Tuhan.

RAKAMAN video memaparkan sebuah keluarga dipercayai pengikut ajaran sesat Suhaini Mohammad yang mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan tular di media sosial.

Setelah memperkenalkan diri, ahli keluarga ini membuat pengakuan dengan menyatakan apa yang dikatakan oleh pelopor fahaman itu adalah benar.

“Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah dan Dia juga merupakan Nabi Muhammad SAW,” kata seorang lelaki berbaju Melayu hijau.

Dalam hantaran yang didedahkan penyanyi rap Caprice itu, selebriti itu menyeru pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar untuk mengambil tindakan lanjut.

Malah, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, meminta agar tindakan keras diambil terhadap dalang kepada ajaran sesat ini.

Dia bagaimanapun mengingatkan agar orang ramai tidak menyalahkan keluarga ini sepenuhnya.

“Siasat dengan lebih lanjut siapa bawa ajaran sesat ni dekat Malaysia. Sebenarnya saya tak salahkan keluarga ni 100 peratus.

“Yang lagi penting kita nak tahu siapa dia punya cikgu (ketua ajaran sesat) dan sifu.

“Semoga mereka ini dapat ditangkap, InsyaAllah,” ujarnya.

Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mana-mana individu atau kumpulan yang mengamalkan mana-mana ciri-ciri (pegangan, fahaman dan amalan) di atas adalah sesat dan boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa agama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain