SETIAP wanita dilahirkan dengan kecantikan tersendiri dan mereka seharusnya menghargai kurniaan yang diberikan Allah. Terbaharu, video memaparkan seorang wanita unik yang memiliki banyak anak rambut pada bahagian dahinya turut tular di media sosial. Wajah polos wanita yang dikenali sebagai Pykah itu dilihat semakin berseri-seri selepas dia disolek oleh seorang mekap artis (MUA) sempena majlis bertandangnya. Dia juga dilihat menggayakan busana tradisional rona hitam, dilengkapkan dengan pemakaian sanggul lintang di kepala. Video yang dikongsi oleh MUA dikenali sebagai Lunarara itu meraih hampir setengah juta tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Akad nikah paling ‘rare’, pengantin lelaki hanya terbaring atas katil hospital... Isteri pula dipuji, tetap setia di sisi suami "Terima kasih kak cantikkan saya. Muah," ujar pengantin itu pada ruangan komen. Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen pujian selepas melihat transformasi wajah pengantin berkenaan. "MasyaAllah tak dapat bayang time baby dulu comel dia macam mana? Ini pun tengok-tengok terus cakap comel. "Seronoknya ada baby hair. Saya pula rambut dah habis. "Ala comelnya dengan baby hair banyak. Selamat pengantin baru," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu ada juga yang bangkitkan tentang isu aurat serta hukum mencukur anak rambut bagi wanita. "Kalau baby hair terlalu tebal, ada kelonggaran untuk cukur. "Tak dikira aurat ke baby hair tu? Takkan dia nak pakai tudung atas mata," demikian antara persoalan netizen. Namun untuk makluman, anak rambut yang tumbuh di dahi hingga menjalar sampai ke bulu kening bukanlah aurat bagi wanita kerana ia sudah termasuk dalam kategori wajah sebagaimana janggut yang tumbuh di dagu. Malah portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menjelaskan secara panjang lebar tentang hukum harus bagi wanita mencukur bulu di muka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube