suria

Kieda tumpah air mata kongsi khabar duka, bapa meninggal dunia di sisi keluarga - “Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap”

Bapa Kieda meninggal dunia di sisi ahli keluarga pada malam Selasa.

BAPA kepada pengusaha makanan terkenal Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.

Menurut Kieda, Allahyarham bapanya meninggal dunia di sisi ahli keluarga yang mana detik pemergian itu dianggap sebagai ujian besar dalam hidupnya.

"Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (Julai) ni, ujian ni paling berat. Kieda boleh kuat dalam segala hal tapi bukan dengan kehilangan orang tua Kieda.

"Kieda minta doa agar orang tua Kieda semoga dipermudah segala urusan, ditempatkan dengan orang beriman. Alhamdulillah dia (bapa) tak sakit lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Crepe viral pelbagai perisa dihumban dalam tong sampah, Kieda menangis tanggung rugi hampir RM10,000!

"Reda tu memang kena reda, tapi antara reda dengan sayang tu, dia macam berbahagi sebab saya baru nak senang, nak bagi abah senang," ujarnya dalam linangan air mata.

Selain video pengumuman berita duka yang dibuat menerusi TikTok, Kieda turut berkongsi foto ketika dia mengucup kaki Allahyarham bapanya menerusi Instagram.

"Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu.

"Allahuakhbar, lelaki pertama yang cinta dan sayangkan aku tinggalkan aku," tulis Kieda lagi.

Hantaran di media sosial itu turut dihujani komen netizen yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar Kieda sekeluarga tabah berdepan ujian itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain