suria

Lubang besar di Lebuhraya KL-Karak! Mendapan tanah halang laluan, pengguna diminta ‘exit’ Bentong

Kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK).

LALUAN di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) arah timur dan barat di Kilometer 66.1 terpaksa ditutup buat sementara waktu berikutan kejadian mendapan tanah atau sinkhole.

Melalui ciapan yang dibuat oleh akaun rasmi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), mendapan tanah itu menghalang kedua-dua lorong kiri dan kanan.

Berikutan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif melalui susur keluar ke bandar Bentong, Pahang.

"Pengguna dinasihatkan untuk exit ke bandar Bentong," demikian menurut pengendali akaun berkenaan.

Berdasarkan foto yang dikongsikan @LPTTrafik dan orang awam, kelihatan sebuah lubang mendapan tanah dengan kedalaman yang tidak dapat dipastikan meliputi hampir keseluruhan jalan.

Aliran trafik untuk lebuh raya ke arah timur dan barat ditutup seketika sehingga diberitahu semula.

Pada 23 Julai, kejadian mendapan tanah turut dilaporkan berlaku di laluan Jalan Forest City - Lebuh Tanjung Pelepas, Johor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain