suria

Proton Waja hitam bikin akak motor bengang! Sempat bagi jari tengah, sikit lagi nak ‘cium’ Proton Saga

Video wanita itu mengangkat jari tengah tular di media sosial.

AKSI seorang penunggang motosikal yang menunjukkan isyarat lucah ke arah pemandu sebuah kereta meraih perhatian netizen di media sosial.

Penunggang wanita itu dipercayai berang apabila sebuah Proton Waja berhenti di tengah-tengah persimpangan jalan, menyebabkan dia nyaris kemalangan.

Wanita bertudung itu dilihat terpaksa menekan brek secara mengejut apabila tayar motornya nyaris 'mencium' sebuah kereta Proton Saga yang turut berada di dalam petak kuning.

Dia kemudiannya berpaling ke belakang sambil mengangkat jari tengah kepada pemandu Waja yang telah membelok ke arah lain.

f2

Wanita itu dipercayai berang terhadap pemandu Proton Waja yang nyaris menyebabkan dia kemalangan.

Rakaman dashcam itu menerima hampir 30,000 tontonan selepas ia dikongsi ke media sosial menerusi akaun @mynewshub.

Menurut beberapa netizen, kejadian itu berlaku di persimpangan Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nah middle finger untuk semua orang” - Gambar lama gadis bertudung bikin panas di Twitter, patutlah 2 kali akaun Twitter digantung!

"Petak kuning mana boleh berhentikan kenderaan. Bodoh ek.

"Kalau perempuan it's okay la, tak ada apa pun.

"Eh dia yang salah, bongok haha," tulis beberapa pelayar Twitter.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain