suria

Rambut kelabu disamakan dengan Siti Kassim, Ain Husniza akui sedang dalam fasa teroka diri sendiri

Ain kongsi foto beberapa gaya rambut yang pernah dicubanya sebelum ini.

PENAMPILAN terbaharu Ain Husniza Saiful Nizam ketika mengikuti kempen sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) mencuri tumpuan ramai.

Menerusi ciapan foto di Twitter, pelajar itu dilihat bergaya dengan rambut warna kelabu, dipadankan dengan pemakaian cermin mata bingkai hitam serta baju berwarna merah.

Beberapa pelayar Twitter dilihat meninggalkan komen jenaka, menyamakan penampilan Ain dengan peguam terkenal Siti Kassim yang pernah tampil dengan gaya rambut sama, sebelum ini.

553

Segelintir netizen menyamakan penampilan Ain disamakan dengan Siti Kassim.

Peka dengan cakap-cakap ramai tentang penampilannya, Ain sekali lagi memuat naik beberapa foto, memaparkan beberapa warna rambut yang pernah dicubanya sebelum ini.

"Warna rambut saya dapat perhatian, di sini saya tunjukkan beberapa gaya yang saya dah cuba. Saya warnakan sendiri di rumah.

ain2

Warna rambut yang pernah dicuba oleh Ain sebelum ini.

"Saya akan senaraikan pautan (link) kalau saya rajin," ciap Ain kepada lebih 33,000 pengikutnya.

Menurut Ain, dia setakat ini pernah menggayakan rambutnya dengan warna biru, oren, merah jambu dan ungu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ain dihina, digelar ‘anak setan’ selepas suarakan isu jenaka rogol di sekolah... komen biadab dari akaun FB pengetua jadi persoalan

"Saya biarkan rambut tumbuh secara semula jadi lepas ni (ya saya dalam fasa meneroka diri)," tulisnya lagi.

Untuk rekod, nama Ain pernah menjadi perhatian seluruh masyarakat Malaysia apabila dia mendedahkan seorang guru di sekolahnya yang membuat jenaka rogol pada tahun 2021.

Sejak kes itu, Ain aktif berkongsi kesedaran tentang isu-isu pendidikan, kanak-kanak serta hak wanita menerusi media sosial miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain