suria

Bapa wanita dipukul di tangga buat laporan polis... Akui anak tinggalkan rumah, tidak dapat dihubungi sejak tahun lalu

Tangkap layar kejadian wanita dipukul di tangga.

SUSULAN video tular seorang wanita yang dipukul di tangga pada 30 Julai lalu, seorang lelaki yang dipercayai bapa mangsa tampil membuat laporan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan menerima laporan tersebut.

Ujar beliau, lelaki itu mendakwa anaknya keluar dari bandar George Town sejak Disember tahun lalu berikutan masalah keluarga.

Tambahnya, sejak itu mangsa yang berusia 24 tahun tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi keluarga.

"Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kedudukan atau lokasi keberadaan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, video berdurasi lima minit dan 31 minit memaparkan wanita terbabit dipukul berkali-kali di kawasan tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain