suria

Mahu roh arwah kekasih menjelma, gadis buat ritual bogel sambil baca mantera Jawa - “Saya memang nak jumpa sangat”

Gadis itu berkongsi kisah berkenaan menerusi podcast Bros Gang TV.

PERASAAN sayang dan taksub dengan cinta akhirnya menjerumuskan seorang gadis dengan perkara syirik.

Kisahnya bermula selepas dia sanggup berjumpa dengan bomoh bagi melepaskan rindu terhadap kekasihnya yang sudah meninggal dunia.

Menerusi satu siaran podcast, gadis itu berkata dia menuruti apa sahaja arahan bomoh bagi merealisasikan hasratnya untuk 'bertemu' semula dengan arwah kekasihnya.

"Masa tu saya dah tak fikir apa-apa, saya memang nak jumpa sangat dengan arwah. And then saya kena ikutlah apa yang dia suruh.

bomoh

Amalan khurafat bertentangan dengan ajaran Islam. -Gambar hiasan

"Ada mantera-mantera bahasa Jawa. Lepas tu benda yang saya paling tak boleh lupa dia suruh saya makan sirih. Sebab sebenarnya saya tak pernah makan. Jadi i makan sirih.

"Lepas tu, dia ada bagi something yang saya tak tahu apa benda tu. Dalam bungkusan yang diikat dengan kain kuning. Dia suruh saya letak dalam bilik tapi jangan bagi orang nampak," dedahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

Sambung gadis itu lagi, bomoh tersebut turut memberi arahan agar dia melakukan ritual dalam keadaan bogel untuk memanggil roh arwah kekasihnya.

"Dia suruh buat ritual tu dalam pukul 9 ke 10 malam ke atas. Tak boleh buat pagi, tengah hari atau petang.

gambar1

Kumpulan Bros Gang TV pernah mendapat liputan mStar pada tahun 2020.

"Pada kain kuning tu ada tulis mantera, jadi saya kena baca mantera tu. And then saya kena duduk dalam keadaan berbogel," dedahnya.

Gadis itu membuat pendedahan menerusi siaran podcast bersama Bros Gang TV yang mana sedutan video itu meraih hampir 30,000 tontonan di laman TikTok.

Untuk rekod, kumpulan anak muda yang menerbitkan saluran Bros Gang TV pernah mendapat liputan mStar pada 15 Jun 2020.

Pada waktu itu, nama saluran YouTube mereka tular gara-gara video pendedahan tentang kecurangan yang berlaku dalam kalangan pasangan di Malaysia.

Sebagai peringatan, umat Islam ditegah mendapatkan khidmat bomoh sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya).

"Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar." (Surah an-Nisa, ayat 48)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain