suria

Pelajar tunggang basikal lawan arus nyaris maut diseret Alza - “Pesan dekat adik tu, dia bukan bawak kereta kebal”

Seorang pelajar perempuan yang menunggang basikal secara melawan arus dirempuah sebuah Alza. -Gambar media sosial

PERSIMPANGAN jalan atau lampu isyarat sememangnya lokasi yang kerap terjadinya kemalangan.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, seorang pelajar perempuan yang menunggang basikal nyaris maut apabila dirempuh oleh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Perodua Alza di satu persimpangan lampu isyarat.

Video kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan pelajar tersebut menunggang secara melawan arus dan tidak memperlahankan basikalnya ketika mahu melintasi simpang.

Secara kebetulan, Perodua Alza yang mahu keluar daripada susur simpang tidak menyedari kehadiran pelajar berkenaan lalu merempuhnya.

Rempuhan berkenaan menyebabkan pelajar perempuan tersebut terseret bersama basikalnya sekitar 10 meter.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak sedang main skuter maut dirempuh trak di taman perumahan

Namun pelajar berkenaan bingkas bangun dan kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Pengguna jalan raya yang lain juga dilihat menerpa ke arah pelajar berkenaan untuk membantunya.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai lokasi ataupun waktu sebenar kejadian.

video yang dikongsikan di laman Twitter @mynewshub pada pagi Jumaat sehingga kini meraih lebih 65,000 jumlah tontonan.

Sementara itu ruangan komen meriah dengan pandangan warga maya yang membuat 'analisa' mengenai kejadian berkenaan.

"Pesan dekat adik tu, dia bawak basikal bukan bawak kereta kebal.

"Budak basikal salah. Kereta tengah tengok kanan, kau tiba-tiba wrong way muncul belah kiri.

"Dua-dua panik. Seorang makin kayuh, seorang lagi makin tekan pedal minyak.

"Dua-dua salah... kereta tu patut jangan jalan dulu bila nampak ada orang berbasikal. Dan adik tu patut alert dengan adanya kereta yang nak ready jalan. Slow down dan berhenti sesaat dua,"demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain