SEKURANG-kurangnya 10 kereta remuk selepas terkena runtuhan struktur bumbung di Kuchai Entrepreneurs Park di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.40 malam Selasa “Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak ke tempat kejadian itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Kami segera mengepung kawasan itu bagi membolehkan pihak berkuasa memeriksa bangunan,” katanya kepada media di tempat kejadian. Menurut The Star, Amihizam berkata semakan awal mendapati sebahagian struktur rasuk pada bumbung tumbang dan merosakkan 10 kenderaan yang diletakkan di situ. “Bangunan yang terjejas adalah bangunan komersial yang tidak berpenghuni ketika kejadian. “Sebagai langkah berjaga-jaga, kami menjalankan pemeriksaan di semua lima tingkat bangunan untuk memastikan tiada sesiapa berada di dalam,” katanya sambil menambah tiada laporan kecederaan setakat ini. Ketika ditanya sama ada warga asing mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu, Amihizam berkata mereka masih belum menerima laporan mengenainya. Antara kereta yang rosak terkena runtuhan. “Kami menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu buat masa ini. “Jangan membuat spekulasi mengenai kejadian itu dan bersabar kerana pihak berkuasa berkaitan menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan bangunan itu selamat,” katanya. Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat masih bersiap sedia di lokasi kejadian. Komander Operasi Armdan Mahat berkata pada mulanya seramai 26 anggota dari balai bomba Seputeh Hang Tuah dan Tun Razak bertindak balas berikutan panggilan kecemasan pada kira-kira 9.59 malam Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian struktur kondo dalam pembinaan runtuh, jumlah mangsa terperangkap belum diketahui “Kakitangan kami bersiap sedia di tempat kejadian kerana kami bimbang lebih banyak serpihan akan jatuh. “Kami akan kekal di tempat kejadian sehingga wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kerja Raya melakukan pemeriksaan,” katanya. Dalam pada itu, video kejadian tersebut turut dimuat naik ke media sosial sehingga ia meraih pelbagai komen netizen. "Biasa tengok terjadi kat luar negara je. Tiba-tiba jadi kat negara sendiri. Allahuakhbar. Kalau tengah tidur bangun-bangun tengok kereta remuk macam ni. Sedihnya. Tapi tu la Allah nak remind kita semuanya pinjaman. "Runsing pula tengok macam ni. Dah la rumah aku rumah flat. "Apa sudah jadi? Ada berlaku gempa bumi ke?" tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube