suria

Tragis! Adik usia 9 tahun ditikam di perut hingga mati, abang disyaki alami masalah mental

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menikam adik lelakinya hingga mati. -Gambar hiasan / The Star

SEORANG remaja ditahan berhubung kejadian mengenai adik lelakinya berusia sembilan tahun ditikam hingga mati dekat Ranau, Sabah.

Kejadian dilaporkan berlaku di rumah mereka di Kampung Kinapulidan kira-kira pukul 5.40 pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa dikejarkan ke hospital oleh jiran tetapi meninggal dunia pada pukul 11.10 pagi.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada seorang lagi abangnya, mendakwa mangsa ditikam oleh abangnya sendiri.

“Kanak-kanak lelaki itu ditikam di perut oleh abang mangsa berusia 19 tahun menggunakan pisau ketika mereka berada di ruang tamu.

"Kita masih menyiasat motif kejadian. Kita tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah kesihatan mental," katanya.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Simiun menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi polis. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain