"SAYA puji Abang Tesla berani, mungkin nak tunjuk suami yang ada kemampuan (poligami) minta izin macam dia, bukan buat zina atau curang." Demikian antara perkongsian kaunselor perkahwinan Mohd Redzuan Zamberi susulan pernikahan kedua 'influencer' itu yang tular kerana meminta izin daripada isteri pertama, tiga jam sebelum majlis pernikahan dilangsungkan. Mana tidaknya, di saat pelbagai isu skandal dan kecurangan dalam rumah tangga diketengahkan di media sosial, Abang Tesla muncul dengan video pernikahannya yang mendapat izin isteri walaupun wanita itu menangis. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia tolak hadiah BMW! Gadis 21 tahun ini dapat Tesla, siap sujud syukur... Bayar RM240 untuk cas kereta selama setahun ARTIKEL BERKAITAN: Setelah 9 tahun berumah tangga, isteri reda sign borang poligami demi kebahagiaan si dia... hadir majlis kenduri, suami siap request baju sedondon! Menjelas lanjut, Mohd Redzuan berkata, berpoligami tidak salah namun para suami perlu mengetahui ia adalah perkara harus yang bukan mutlak seperti dinyatakan dalam Surah An Nisa, ayat 3. "Nak kahwin kalau anda mampu... kahwinlah. Tapi mampu untuk adil, mampu beri kebahagiaan yang bermakna ada keupayaan batin dan zahir. "Sebut batin ini, pastikan anda layak memenuhi batin isteri yang pertama (termasuk) pendidikan... cukupkah ilmu yang ada untuk didik isteri dan anak-anak. "Takut kita pun terumbang ambing, jadi macam mana nak didik yang kedua?" ujarnya menerusi video di TikTok. Antara perkongsian yang pernah dibuat abang Tesla. Malah katanya, majlis perkahwinan yang dijadikan kandungan di media sosial adalah salah kerana ia mengundang rasa 'sakit hati' isteri pertama. "Nak kahwin, kahwinlah... perkahwinan untuk kebahagiaan bukan sakiti. Apabila video itu dilihat oleh isteri pertama anda, dia pun akan sedih. "Macam mana izin pun, isteri ada fitrah dia tak boleh berkongsi... tak payah cerita wanita masa kini, buka sirah nabi yang mana Saidatina Fatimah pun mengadu pada Rasulullah. "Apabila buat content, ia akan meruntun jiwa sedangkan tujuan majlis perkahwinan dihebahkan adalah untuk mengelak fitnah," tambahnya. Aspek hebahan pula katanya, ia perlu dilakukan dalam kalangan jiran tetangga serta penduduk kampung dan bukanlah di media sosial. Kebanyakan pengguna media sosial bukanlah orang kampung sebaliknya bersifat lebih luas serata dunia. "Saya tak tahu apa tujuan abang Tesla tu, tapi media sosial tidak sesuai kerana akan wujudkan penyakit 'ain'. "Benda yang bagus seperti berkahwin akan jadi fitnah kerana ia mengundang spekulasi," jelasnya lagi. Dalam pada itu, Mohd Redzuan turut berkongsi tentang kliennya yang mempunyai empat isteri. Katanya, individu yang merupakan usahawan itu enggan berkongsikan tentang perkahwinannya kerana bimbang akan mewujudkan perasaan hasad dengki dalam diri orang lain. "Dia cakap 'tak nak' sebab Malaysia bukanlah negara yang sesuai untuk dedahkan secara terbuka tentang perkara ini, cukuplah saya berkahwin untuk diri saya dan bukan ditunjuk-tunjuk. "Sekarang bahagia takut nanti ada pula yang hasad dengki dan sebagainya, bergolak pula perkahwinan," katanya lagi. Dia turut menyatakan kebanyakan isteri yang ditanya berhubung poligami mengakui tidak sanggup melihat perkahwinan di depan mata meskipun memberi izin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube