ENAM buah kilang pembuatan peralatan perabot di Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, musnah dijilat api dalam kejadian yang berlaku pada petang Ahad. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang. Menurutnya, sebanyak sembilan buah jentera serta sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian. "Dimaklumkan terdapat kebakaran melibatkan enam buah kilang pembuatan peralatan perabot. "Proses pemadaman sedang dijalankan pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Tambah beliau, setakat ini tiada mangsa direkodkan terlibat dalam kebakaran itu. Terdahulu, video serta gambar mengenai insiden berkenaan tular di media sosial, sekaligus mencetuskan kebimbangan ramai. Menerusi perkongsian warga maya, kepulan asap hitam boleh dilihat dari jarak jauh. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube