suria

Ujian DNA melalui gigi mudahkan proses pengecaman - Ketua Polis Selangor

Hussein Omar memaklumkan proses pengecaman sukar. -Gambar hiasan The Star

POLIS berjaya menyelesaikan proses pengecaman 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor lebih awal daripada jangkaan meskipun berhadapan kesukaran.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan, pihaknya mengambil masa selama hari ketiga bagi ‘memproses’ tempat kejadian kerana impak kemalangan yang berlaku itu.

"Kejadian berlaku hari Khamis, tiga hari kita hendak proses tempat kejadian sebab 'the nature of disaster' itu sedemikian rupa.

"Kedua, kita perlu guna kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengambil masa tetapi saya dapati semua proses dipermudahkan dan inilah yang paling cepat.

"Pada pagi ini (Ahad) kita boleh serahkan jenazah kepada waris," katanya dalam sidang media di perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pada Ahad 20 Ogos.

Hussein berkata, proses pengecaman menggunakan kaedah cap jari, DNA dan odontologi (pengecaman identiti melalui gigi).

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas HTAR, Jabatan Kimia Malaysia, Pasukan Odontologi Hospital Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Selangor dan lain-lain agensi terlibat bermula proses di tempat kejadian sehingga selesai.

Dalam pada itu, mengikut senarai dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kesemua sembilan jenazah mangsa nahas dikebumikan di lokasi berasingan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang dan Perak pada Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain