suria

Buat aksi pelik, jilat aiskrim ketika live... TikToker tiru trend NPC didakwa raih hingga RM10,000 - “Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah”

Trend NPC di TikTok menjadi ikutan ramai content creator.

SEDAPNYA aiskrim, bola bola bola bola bola bola, sedapnya aiskrim!

Demikian antara dialog yang dituturkan oleh seorang TikToker lelaki dari Malaysia secara berulang kali sambil melakukan aksi menjilat aiskrim serta mengangkat kaki ke wajahnya.

Malah, dia juga membuat pelbagai gerakan badan yang pelik sebagai reaksi selepas diberikan 'gift' oleh penonton ketika siaran langsung (live) di TikTok.

Perbuatan meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai non-player character (NPC) itu menjadi ikutan di seluruh dunia kerana mampu membawa pendapatan lumayan buat TikToker yang melakukannya secara 'live'.

Menurut beberapa pelayar Twitter, TikToker berkenaan mampu meraih wang sehingga puluhan ribu ringgit selepas menerima pelbagai gift ketika melakukan aksi NPC ketika TikTok live.

"Yang complain ni gaji berapa? Income dia ni sebulan paling busuk pun RM10,000 lebih.

npc3

Antara TikToker lain yang turut melakukan siaran live NPC.

"Aku tak boleh blah la. Bola bola bola bola bola. Sedapnya ice cream.

"Yang send gift tu niat nak torture tapi dalam masa sama mengkayakan owner," ciap @ayspaces.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suruh pakai legging putih tapi tak beli” - Peniaga minta penonton jaga adab tonton live TikTok

Selain TikToker lelaki itu, ramai lagi content creator Malaysia mula melakukan aksi NPC sehingga siaran live mereka menjadi perhatian netizen.

Di ruangan komen, ramai netizen menyelar aksi mereka yang dianggap pelik, namun ada yang turut memberikan pujian atas kreativiti dalam menjana pendapatan.

"Sebab TikTok bagi orang duit banyak, mungkin itu faktor wujud content, live yang bukan-bukan. Orang normal berlakon gila, begitulah kehidupan sekarang buat apa saja nak cari duit. Sehingga anak muda tak nak sambung belajar.

"Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah mengemis duit kena jadi orang bodoh macam ni.

"Kalau aku jenis tak malu macam ni. Aku pun boleh cepat kaya.

"Mungkin saya patut mula buat live NPC," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain