HATI ibu mana yang tidak pilu apabila sering mendengar luahan anak kecil yang mendakwa sering menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah. Tambahan pula, ia melibatkan anak perempuan. Disebabkan itu, si ibu bertindak memuat naik status memaklumkan kejadian terbaharu yang berlaku terhadap anaknya di halaman Facebook. Selain mendakwa sering menjadi mangsa buli, dia turut memaparkan gambar anaknya itu bersama contengan di tangan yang dilakukan oleh si pembuli ketika sesi pembelajaran di Kelas Asas Fardu Ain (Kafa). ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki nyaris jadi ‘udang bakar’, mak ayah kunci kereta parkir tengah panas! Orang awam tunggu 40 minit tetap tak muncul ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tukar kad sim telefon, rimas mak asyik call! Pemandu e-hailing hilang kata-kata dengar luahan ibu tunggal "Inilah muka anak aku yang selalu kena buli... hari ini di Kafa pula. "Alahai adik, mommy dah ajar balas balik dan lari kalau tak boleh lawan. She's just can't do it... poor Malaeka," luahnya menerusi hantaran yang dibuat. Menerusi gambar yang dimuat naik itu, kelihatan tangan anaknya diconteng dengan perkataan 'kau b**i'. Dia yang enggan membiarkan anaknya terus menjadi mangsa telah membuat aduan kepada pihak sekolah. Tolong panggil ibu bapa pembuli tu, suruh ajar anak supaya beradab dan sopan. WARGA MAYA Malah dia turut memaklumkan anak perempuannya telah membuat aduan kepada guru dan pelaku tersebut telah disoal siasat serta mengaku bersalah. "Ustazah bawa Malaeka cari pembuli di kelas dan budak tu dah dijumpai, disoal siasat dan mengaku bersalah serta dihukum rotan. Terima kasih pihak sekolah pantas bertindak," tambahnya. Bagaimanapun, terdapat juga tangkap layar perbualan antara wanita itu dengan bapa kepada kanak-kanak yang dikatakan pembuli. Berdasarkan perkongsian tersebut, bapa kepada kanak-kanak terbabit juga mendakwa anaknya sering diganggu sehingga perlu datang ke sekolah berjumpa guru. Tangkap layar perbualan yang dikongsikan itu. "Puan, saya ayah kepada Nas****, dah banyak kali anak puan ganggu anak saya. Banyak kali saya datang ke sekolah, anak puan yang kerap buli anak saya... harap maklum. "Puan tanya pada guru kelas, berapa kali saya datang ke sekolah," ujarnya membalas aduan yang dibuat wanita terbabit di dalam kumpulan WhatsApp kelas. Makluman tersebut menyebabkan perbualan antara kedua mereka bertukar menjadi pertengkaran dengan masing-masing mendakwa anak yang menjadi mangsa buli. Perkongsiannya itu turut disiarkan di halaman Twitter sehingga mengundang pelbagi pandangan daripada warga maya. Kebanyakannya meluahkan kebimbangan dengan situasi buli yang berlaku serta meminta wanita ini tidak membiarkan saja kes itu begitu saja. Warga maya meluahkan kebimbangan tentang isu buli di sekolah. "Benci betul budak-budak yang jenis membuli ni. Hari tu adik aku sampai tahap tiap kali nak pergi sekolah dia akan buat macam-macam alasan... rupanya kawan sekelas buli. "Patut ada CCTV (kamera litar tertutup) dalam kelas dan area sekolah. Jadi boleh pantau terus. "Rasa nak pergi jumpa budak yang buli tu, nak tahu apa masalah dia. "Tolong panggil ibu bapa pembuli tu, suruh ajar anak supaya beradab dan sopan... hormat orang lain. Kecil-kecil perangai macam samseng," ujar beberapa warga maya. Pun begitu, ibu kepada kanak-kanak perempuan terbabit telah memadamkan hantaran yang dibuatnya itu selepas masalah berjaya diselesaikan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube