suria

Terpengaruh iklan bau wangi, manis... Wanita beli online terkejut terima syampu 'rumusan' telur lipas

Wanita mendakwa syampu yang dibelinya dipenuhi telur lipas. -Gambar hiasan The Star

SEORANG wanita terkejut apabila syampu yang dibeli secara atas talian, dipenuhi telur lipas.

Berkongsi pengalaman pelik tersebut, dia yang berasal dari Hubei, China turut meluahkan kehairanan kerana tamat tempoh kedua-dua botol syampu tersebut adalah pada Mac dan Mei 2026.

Menurutnya, kedua-dua botol produk tersebut dibeli dengan harga kira-kira RM50 (76 yuan).

Sejumlah 60 butir telur ditemukan dalam produk syampu tersebut.

Susulan daripada itu, dia membuat aduan di laman sesawang dan kilang pengeluar produk tersebut.

Pun begitu katanya, kewujudan telur lipas itu berkemungkinan disebabkan bau wangi daripada produk syampu tersebut.

"Agak mustahil untuk serangga masuk ke dalam botol. Tapi, disebabkan syampu ni mempunyai bau manis, ia mungkin menarik serangga untuk datang," kata pengeluar. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain