suria

Objektif acara mahu ketengahkan seni dan budaya kreatif, penonton datang bergelek sakan... Penganjur mohon maaf!

Tarian ekstrem di konsert itu berlaku di luar kawalan penganjur.

PIHAK pengurusan agensi kreatif negeri Perak, People of Remarkable Talents (Port) berkata tarian tidak senonoh yang berlaku di acara mereka berada di luar kawalan pihak penganjur.

Pengurus Besar Port, Nur Hanim Mohamed Khairuddin berkata, kumpulan yang menghadiri konsert di Dataran Ipoh pada 20 Ogos lalu melakukan tarian tersebut atas kerelaan mereka sendiri.

"Sebagai penganjur, kami ingin menjelaskan bahawa insiden tarian ekstrem oleh segelintir penonton sewaktu persembahan UBS Band di konsert Port Fest 2023 di Dataran Ipoh pada 20 Ogos 2023 adalah sesuatu yang bukan sengaja diatur dan berada di luar kawalan pihak penganjur.

"Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang ditularkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.

"Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan," kata Port dalam satu kenyataan pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu ke Thailand... Pelanggan serbu restoran viral untuk lihat pelayan lelaki seksi, suap mulut ke mulut sambil menari buka baju!

Festival dua hari pada 19 hingga 20 Ogos itu diadakan untuk mengetengahkan seni dan budaya kreatif.

Tambah Port, objektif utama festival itu adalah untuk memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada lebih 300 artis di Perak.

Festival itu menarik kira-kira 20,000 pengunjung dan menjana pendapatan kira-kira RM450,000 melalui jualan makanan, minuman, produk seni kreatif, acara persembahan, pempamer, pertandingan serta sewaan penginapan.

Terdahulu, tular video sekumpulan penonton termasuk wanita bertudung yang menari spontan di konsert itu.

Video berkenaan menerima kecaman di media sosial kerana dianggap tidak sopan dan bertentangan dengan agama Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan