suria

Jangkitan kuman cepat merebak, Oyen tercedera nahas pesawat pergi buat selamanya

Doktor memaklumkan Oyen mati pada Ahad.

SEEKOR kucing yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor, 17 Ogos lalu dilaporkan mati pada Ahad.

Kematian kucing yang popular dengan gelaran Oyen itu diumumkan menerusi laman Instagram oleh doktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zul Erwan.

“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini (Ahad).

“Oyen didapati positif virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seekor kucing terselamat nahas pesawat... Kulit Oyen terkoyak 14cm, kaki depan terkehel

“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak. Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan,” ujarnya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang banyak mendoakan Oyen sejak ia diselamatkan dari lokasi nahas pesawat Beechcraft Model 390 baru-baru ini.

Untuk rekod, Oyen berada dalam jagaan Klinik Haiwan Zul Erwan selepas ia diselamatkan pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dari lokasi nahas pesawat di Elmina.

Nahas pesawat pada 17 Ogos itu mengorbankan 10 individu termasuk Exco Kerajaan Negeri Pahang yang juga Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain