suria

Nahas tiga kenderaan: Dua wanita, seorang lelaki maut di lokasi kejadian

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terlibat kemalangan.

TIGA individu maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 50.1 Lebuhraya Senai Desaru menghala Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor pada Sabtu.

Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian dikenali sebagai Iqbal Faiz Mat Sah, 20, Nurul Afrahrina Sazali, 19 dan Nurina Izzatie Kamarul Azman, 19.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan I, Izwani Abd Hamid berkata, laporan awal kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Bezza, Volkswagen dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova diterima pada jam 1.43 petang.

Menurutnya, enam anggota dari BBP Bandar Penawar dan sembilan anggota dari BBP Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang yang tersepit menggunakan peralatan khas.

"Tiga mangsa di dalam kereta Perodua Bezza telah disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi mangsa berusia 19 tahun cedera ringan.

"Selain itu, empat mangsa berusia 11 hingga 51 tahun dalam Toyota Innova mengalami cedera ringan, manakala pemandu Volkswagen berusia 50 tahun, dilaporkan selamat," katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa yang cedera dihantar ke hospital dan operasi ditamatkan pada jam 3.50 petang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain