suria

Sehidup semati… Suami isteri temui ajal bersama, rumah dua tingkat terbakar

Pasangan suami isteri ditemui maut selepas rumah dua tingkat terbakar.

PASANGAN suami isteri warga Indonesia maut dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Taman Megah, Kajang, Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.13 pagi Sabtu.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan peralatan elektrik yang terletak di bawah tangga.

Tambahnya lagi, kira-kira tiga peratus rumah di tingkat bawah musnah terbakar.

"Seorang lelaki warga Indonesia berusia 50-an dan isterinya berusia 40-an melecur dan sesak nafas akibat asap.

"Terdapat seorang lagi mangsa lelaki yang mengalami beberapa kecederaan tetapi terselamat," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Razali, siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan. -THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain