MERAIKAN perbezaan dan memupuk semangat perpaduan merupakan kunci kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara yang berbilang bangsa dan agama. ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ merupakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, dengan maksudnya cukup bermakna yang memacu kejayaan dan kestabilan negara. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, anda berpeluang menikmati pelbagai tawaran dan promosi menarik. Ini terutamanya tawaran dan promosi daripada perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) menerusi kempen #JomSapot BeliLokal 2.0, yang dipacu RHB Bank Bhd dengan kerjasama Kumpulan Media Star. Menerusi laman web rhbjomsapot.my, PKS boleh mencapai lebih banyak sasaran pelanggan apabila jenama, produk dan perkhidmatan mereka diiklankan. PKS yang mendaftar butiran di laman web RHB #JomSapot (www.rhbjomsapot.my) boleh mencapai lebih banyak sasaran pelanggan apabila jenama, produk dan perkhidmatan mereka diiklankan menerusi video percuma yang disediakan. Promosi tersebut dilaksanakan menerusi teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI). Ia akan menampilkan selebriti tempatan, pengacara TV yang juga usahawan Sazzy Falak sebagai duta jenama PKS, bagi mempromosikan jenama anda sekali gus meningkatkan hasil jualan. Di bawah #JomSapot BeliLokal 2.0, PKS boleh menyenaraikan perniagaan mereka di kedua-dua platform RHB #JomSapot dan BeliLokal di Kumpulan Media Star tanpa caj tambahan. RHB akan memanfaatkan pangkalan pelanggannya yang besar manakala Kumpukan Media Star akan memperluaskan data pengguna menerusi platform miliknya untuk mengetengahkan dan menampilkan produk serta perkhidmatan PKS yang mengambil bahagian. Sejak kempen ini dilancarkan pada tahun lepas, banyak PKS yang mendapat manfaat, sama ada peningkatan jualan mahupun pengukuhan jenama mereka. Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jom kami senaraikan antara jenama yang anda boleh serbu untuk menikmati tawaran dan promosi menarik. Jimart Merdeka! Merdeka! Merdeka! Dalam bulan kebangsaan ini laungan Merdeka pasti akan bergema. Disebabkan itu, Jimart yang ditubuhkan pada tahun 2004 turut meraikan semangat ini dengan mengadakan Jualan Kempen Hari Merdeka dengan diskaun sehingga 60 peratus dan kesemua barang promosi adalah daripada jenama Malaysia. Jimart mengambil peluang ini untuk memberikan lebih banyak sokongan kepada jenama terlibat kerana mereka bukan sahaja membantu dalam menjana ekonomi negara, malah memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak Malaysia! Daripada satu cawangan, Jimart telah menubuhkan 22 cawangan di sekitar Lembah Klang dan akan terus menambah lebih banyak cawangan untuk melayan pelanggan dengan lebih baik. Jadi jom dapatkan pelbagai perkakas dapur dan barangan keperluan harian daripada jenama-jenama Malaysia di Jimart untuk menyenangkan kerja-kerja di rumah! Promosi hebat disediakan Galeri Ariani sempena sambutan kemerdekaan negara ke-66. -Gambar The Star/S S Kanesan Galeri Ariani Sebagai menghargai pelanggan setia, Galeri Ariani tampil dengan promosi sehingga 50 peratus bagi beberapa koleksinya sekali gus menjadikan setiap helai berharga RM66. Menerusi Merdeka RM66, peminat jenama ikonik ini boleh membuat pembelian terus di portal Ariani Online. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli tudung premium yang ditawarkan secara ansuran. Terkenal dengan tudung kepala yang menarik, Ariani mengekalkan imej wanita muslimah dengan mewujudkan keseimbangan sempurna antara gaya dan fungsi. Jadi, apa tunggu lagi, dapatkan rekaan yang berasaskan tiga elemen iaitu eksklusif, kesederhanaan dan kontemporari ini segera sebelum kehabisan stok. Pelbagai warna, tekstur dan cetakan menarik menanti anda sejajar dengan sambutan kemerdekaan kali ini. Kain eksklusif disediakan kepada pengunjung bertuah yang berbelanja sehingga RM300. -Gambar The Star/Azhar Mahfof Jakel Sempena sambutan Kemerdekaan ke-66 tahun ini, Jakel tidak ketinggalan menyediakan promosi istimewa untuk pelanggan bertuahnya. Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit, anda berpeluang membawa pulang kain eksklusif bernilai RM98 secara percuma. Bukan itu sahaja, anda bebas untuk membeli apa sahaja barangan yang dijual di Jakel sama ada kemeja, persiapan kahwin, langsir mahupun karpet. Promosi di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia ini akan berlangsung selama 17 hari dan akan berakhir pada 10 September nanti. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan kain eksklusif anda daripada peneraju perniagaan fabrik terkemuka ini. Sementara itu, RHB menawarkan pelbagai jenis kad kredit yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan individu pelanggannya. Malah, pelanggan baharu kad kredit RHB boleh mendapat pulangan tunai sehingga RM2,725 daripada bank di samping pemindahan baki sifar peratus setahun. Selain itu, RHB melancarkan Kad Kredit/-i White Visa Rewards Edisi Terhad yang begitu cantik bersempena dengan sambutan semangat kebebasan dan perpaduan. Pemegang kad kredit baharu boleh menikmati Pemindahan Baki 0% setahun dan berpeluang untuk memenangi kereta elektrik (EV) serba baharu. Untuk mencari lebih banyak peniaga atau mendapatkan maklumat lanjut tentang #JomSapot BeliLokal 2.0, anda boleh layari www.rhbjomsapot.my Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube