suria

Kereta tiba-tiba laju berundur, budak tak sempat sarung kasut terperosok masuk kedai

Rakaman tular menunjukkan seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah kereta yang berundur.

KECUAIAN boleh membawa padah.

Tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta mengundur secara mengejut sehingga merempuh seorang kanak-kanak, dalam kejadian Isnin petang.

Rakaman insiden dipercayai berlaku di kawasan rumah kedai itu menunjukkan kanak-kanak terbabit sedang menyarung selipar di hadapan premis sambil diperhatikan seorang lelaki dewasa sebelum kereta tersebut berundur laju ke arahnya.

Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terperosok ke dalam kedai yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya dan orang awam di sekeliling menghampiri tempat kejadian dalam keadaan panik.

Insiden kereta melanggar seorang kanak-kanak.

Pemandu kereta berkenaan dilihat turut keluar dari tempat duduk pemandu dan cuba untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Kemaskini terkini, berdasarkan komen seorang warga warga maya dikenali sebagai Atikah Syazwani, dia mendakwa kedai itu adalah milik abangnya.

"Kedai ini di Puncak Alam, Selangor. Budak perempuan tu di hospital sekarang dan keadaan dia dah stabil. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Budak lelaki tu anak saudara saya dan budak perempuan tu kawan dia," kata seorang warga maya.

Berdasarkan komen-komen netizen, kemungkinan besar insiden itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit

"Nampak sebelum kereta tu memecut nak langgar budak tu, dia ada buka pintu sikit, mungkin nak tengok sama ada kereta yang diundur tu sudah hampir dengan pembahagi jalan.

"Tengah dia toleh ke belakang tu mungkin dia tersalah tekan pedal, sepatutnya nak tekan pedal brek tapi pergi tertekan pedal minyak, itu yang terus 'mengaum' kereta tu.

"Apa-apa pun ini menunjukkan pemandu tersebut kurang mahir dan dia perlu ambil pengajaran agar kejadian sama tidak berulang," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain