BELUM lagi reda isu berkaitan poligami yang dicetuskan, pempengaruh Mohammad Khaliltizam Yusri yang lebih sinonim dengan panggilan Abang Tesla kembali tular kerana membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah. Malah dia yang dikecam teruk warga maya tetap kelihatan tenang dan sentiasa berkongsi perkembangan terkini bersama keluarganya. Menerusi hantaran terbaharu, difahamkan mereka bertiga akan bercuti di Turkiye dan seterusnya menunaikan umrah buat kali pertama. Perjalanan itu atas tajaan sebuah syarikat agensi pelancongan. "Our my first Trip Together... Turkey dan umrah," ujarnya ringkas. ARTIKEL BERKAITAN: Netizen selongkar video lama Abang Tesla, nasihat lelaki setia pada satu... “Bila curang rosak hubungan dan bisnes” ARTIKEL BERKAITAN: Zuriat bukan punca poligami, Abang Tesla jawab sorok isteri muda Perkongsian baharu menerusi halaman Instagram itu menggambarkan kehidupan dia bersama kedua-dua isterinya sangat rapat serta bahagia. Malah isteri pertama, Nurmajdina Jamari yang sebelum ini menjadi popular selepas tular kerana menangis tiga jam sebelum suami berpoligami turut tersenyum gembira. Gambar tersebut dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Selagi awak adil, abaikan apa orang kata... netizen berhenti kecam nombor dua. WARGA MAYA Malah, dalam Instagram Live yang dibuat, Abang Tesla memohon maaf buat pengikut media sosialnya serta seluruh rakyat Malaysia atas segala silap yang dilakukannya selama ini. “Kita bertiga pergi. Alhamdulillah, diberikan rezeki yang banyak. “Kalau ada salah dan silap, saya minta maaf. Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Doakanlah saya mendapat umrah yang mabrur dan elak daripada sebarang fitnah,” ujarnya dalam Instagram Live. Antara reaksi netizen di ruangan komen. Perkongsian itu mendapat pelbagai komen daripada warga maya. Selain mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan kekal bahagia bersama, ada juga yang membandingkan wajah isteri pertama dan kedua. "First wife dia lagi cantik nampak glowing mungkin sebab dia ikhlas laki kahwin lain... nampak aura dia lagi letup. "Cakap jujur ni... sumpah bukan sakit hati apa, jujur dari hati. Isteri pertama muka manis dan cantik lagi, muka isteri kedua suam-suam kuku saja tapi apa pun semoga dipermudahkan segala urusan umrah nanti. "I am so happy to see this. Selagi awak adil, abaikan apa orang kata... netizen berhenti kecam nombor dua," ujar beberapa warga maya. Walau apapun komen diberikan netizen, soal kecantikan seseorang sesuatu perkara yang subjektif kerana nilai sebuah kasih sayang itu tidak terletak kepada paras rupa semata-mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube