suria

Sinkhole di MRR2, pengguna diminta guna jalan alternatif

Keadaan laluan di Seksyen 21.30 MRR2 arah Ampang yang mempunyai lubang benam.

PENGGUNA Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Kepong ke Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif berikutan kejadian 'sinkhole' (lubang benam) di Seksyen 21.30 laluan terbabit, pada Rabu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 8 pagi itu menyebabkan penutupan lorong kedua di lokasi kejadian terpaksa ditutup untuk kerja pembaikan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak dalam kenyataan berkata, kejadian berpunca penutup 'slab crossing culvert' patah.

Laluan masih dibuka kepada semua kenderaan, namun aliran trafik di laluan itu sesak sejauh hampir dua kilometer dan dijangka akan terus meningkat.

“Pengguna yang menuju ke arah Ampang dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu dengan menggunakan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE),” katanya.

Ujar kenyataan itu, petugas berada di lokasi untuk mengawal trafik di lokasi kejadian selain kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh JKR Gombak selepas mendapat penilaian bagi melaksanakan kerja pembaikan di tapak.

Difahamkan, kerja pembaikan sedang dilaksanakan dengan penggantian penutup pembetung sebelum kerja penurapan semula dilaksanakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain