SEORANG wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua treler dan empat kereta di Kilometer 164.8 arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan antara Bukit Minyak dan Sungai Bakap, Pulau Pinang. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, seorang mangsa parah, lima cedera ringan manakala 14 lagi termasuk dua pemandu treler terbabit terselamat tanpa mengalami kecederaan. “Kemalangan berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan salah sebuah treler yang sarat dengan kayu terbalik dan menghalang lebuh raya. “Ia juga menyebabkan beberapa mangsa di dalam kereta terperangkap semasa kemalangan itu,” kata jurucakap. Jurucakap berkata secara keseluruhan terdapat 21 mangsa terlibat dalam kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama kira-kira tiga jam. Beliau berkata, anggota bomba menggunakan alat menyelamat untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dan mereka yang diselamatkan dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan. Operasi masih diteruskan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap dalam timbunan kayu dari treler yang terbalik. -THE STAR Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube