suria

Budak lelaki 6 tahun lari rumah... Bapa kandung sepakat dengan ibu tiri tendang, pukul anak guna senduk!

Kes penderaan kanak-kanak oleh individu dikenali seperti tiada kesudahan -Gambar hiasan

POLIS menahan sepasang suami isteri kerana didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Bahau di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata suspek yang merupakan bapa dan ibu tiri mangsa ditahan pada Selasa dan direman tujuh hari.

“Kami menerima maklumat daripada orang ramai bahawa seorang budak lelaki telah melarikan diri dari rumah dan mengambil keputusan untuk membuat siasatan.

“Polis kemudian menemui budak lelaki itu yang mengalami kecederaan di seluruh badan dan membawanya ke Hospital Jempol untuk rawatan,” katanya.

Hoo berkata pemeriksaan perubatan ke atas budak lelaki itu menunjukkan terdapat kesan parut dan kecederaan lama.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu.

“Mangsa dipercayai dipukul ibu tiri dan bapa kandung dengan menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu.

“Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata bapa kanak-kanak berusia 27 tahun itu bekerja di kilang papan manakala ibu tirinya yang berusia 31 tahun merupakan seorang suri rumah.

Kanak-kanak itu merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dipercayai hanya dia seorang diperlakukan begitu.

Hoo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain