suria

Pasangan warga asing cuba lolos sekatan JPJ ditahan, motosikal disita

Pasangan warga Indonesia rempuh sekatan jalan raya JPJ.

BUKAN sahaja cuba meloloskan diri dari sekatan jalan raya, pasangan kekasih warga Indonesia yang tidak mempunyai lesen memandu turut menipu pihak berkuasa.

Kedua mereka mengaku bahawa motosikal yang ditunggang adalah milik sendiri namun selepas pemeriksaan dilakukan, kenderaan dua roda tersebut didaftarkan atas nama individu lain.

Susulan itu, motosikal berkenaan disita manakala kedua-dua individu tersebut dirujuk ke Jabatan Imigresen Melaka.

Itu antara kekecohan yang berlaku semasa operasi khas Jabatan Pengangkutan (JPJ) ke atas motosikal di sepanjang Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin di Bertam Malim di Melaka pada Rabu malam (13 September).

Dalam kes kedua, seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai panik melihat sekatan jalan raya menyebabkan kemalangan berlaku melibatkan sebuah lagi kenderaan.

Kereta wanita itu melencong dari seberang jalan sebelum merempuh kereta lain yang menunggu untuk melepasi penghadang jalan.

Pun begitu, anak lelaki wanita berusia enam tahun yang bersamanya ketika itu tidak cedera dalam kemalangan manakala seorang lagi pemandu wanita turut terselamat tanpa cedera.

Wanita yang berkahwin dengan warga tempatan itu mendakwa dia panik melihat penghadang jalan sebelum memecut laju dan mendarat di seberang jalan.

Terdahulu Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan hadir pada operasi itu.

Sementara itu, Lokman turut mengarahkan pegawainya mengeluarkan saman kepada seorang jururawat yang didapati menunggang motosikalnya tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain