suria

Ramai buat tak nampak koc pink! Mujur ada abang rider, berani hambat lelaki keluar ruang khas wanita

Tangkap layar memaparkan rider Food Panda meminta penumpang lelaki beredar dari koc wanita.

PELAKSANAAN koc berwarna merah jambu yang dikhususkan untuk wanita sahaja bukanlah perkara baharu bagi pengangkutan tren.

Namun sehingga hari ini, masih ramai lagi pengguna lelaki yang kurang peka dan sewenang-wenangnya menduduki koc berkenaan.

Menyedari perkara tersebut, salah seorang pekerja penghantaran (rider) yang menggunakan perkhidmatan tersebut tampil menegur penumpang yang tidak peka.

Koc wanita kembali kosong tanpa kelibat pengguna lelaki.

Koc wanita kembali kosong tanpa kelibat pengguna lelaki.

Menerusi rakaman video tular, dia dilihat meminta beberapa orang lelaki yang berada di dalam koc merah jambu untuk bergerak ke bahagian lain.

Seperti dipersoalkan, dia kemudian menunjukkan tanda amaran yang memaparkan koc tersebut khas untuk para wanita.

Pada masa sama, dia menyatakan terdapat garisan yang memisahkan antara gerabak biasa dan koc merah jambu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider terduduk balik rumah, tenung sebiji kek pelanggan reject... Duit ‘terbang’ bayar refund - “Suami dah bawa motor sehabis baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Rider joli duit ikan! Hilangkan diri lepas ambil wang tunai daripada pelanggan... Akhirnya serah diri lepas syarikat ‘call’ isteri

Vídeo tindakannya itu dikongsikan pelayar X yang turut menyifatkan lelaki terbabit sebagai seorang yang berani.

“Terbaik abang Food Panda... berani! Cuma aku tak faham kenapa tak ada petugas dari Rapid itu sendiri yang sepatutnya bertugas menjaga dalam tu

“Bak kata pepatah bagai melepas batuk di tangga dan satu lagi ada juga perempuan yang tak nak duduk sana (koc merah jambu),” ciapnya.

Hidup abang Food Panda, sentiasa sedia menolong di mana-mana sahaja.

WARGA MAYA

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya terutama sekali pengguna transit berkenaan.

Pun begitu, ada yang menyifatkan kaedah tersebut sebagai tidak relevan kerana golongan wanita sendiri tidak mahu menggunakan koc khas berkenaan.

“Rasa dah tak relevan, wanita sendiri pun tak naik koc mereka... open sahaja la.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

“Perempuan lagi suka duduk dalam koc dengan lelaki,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang memuji rider berkenaan kerana prihatin dan bertanggungjawab.

“Kami perlukan lebih ramai lelaki begini. Rapid patut ambil dia bekerja dengan tawaran gaji yang baik... dia mengambil berat.

“Baguslah siap terangkan koc pink tu untuk apa... kadang-kadang ada orang tak faham perkara ni dan tak perlu nak marah jerit-jerit pun.

“Patut ramai sayang abang Food Panda ya?

“Hidup abang Food Panda, sentiasa sedia menolong di mana-mana sahaja,” ujar beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain