SIKAP murah hati dan suka menderma dalam kalangan masyarakat menyebabkan golongan pengemis semakin berleluasa di Malaysia. Malah ada yang menyatakan terdapat sindiket di sebalik lambakan pengemis di bandar-bandar utama seperti Bukit Bintang di Kuala Lumpur dan Georgetown di Pulau Pinang. Mana tidaknya, hanya berbekalkan raut wajah sedih dan baju compang camping yang lusuh, pastinya rakyat Malaysia akan menghulurkan duit walaupun hanya seringgit. Peminta sedekah di sekitar Pavillion Kuala Lumpur. -Gambar hiasan Seperti video tular baru-baru ini, seorang lelaki dilihat sedang leka mengira 'pendapatan' yang diperoleh menerusi pemberian orang ramai di bawah tangga sebuah premis yang tidak didedahkan lokasi. Melihatkan pakaiannya yang lusuh di samping bungkusan kain batik berisi duit dan beberapa pek makanan segera, ramai yang beranggapan individu tersebut sebagai gelandangan atau pengemis. Duit yang diperoleh juga adalah jenis wang tunai RM1, RM5 dan RM10 dalam jumlah yang banyak. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan simpati tapi makin geram! Pengemis warga asing guna taktik ‘patah tengkuk’ ketuk cermin kereta... “Laju pula toleh kiri kanan” ARTIKEL BERKAITAN: Serik bantu pengemis milenia! Tonjol hidup senang di media sosial... minum kopi mahal boleh, nak beli susu anak kena merayu Perkongsian MyNews Hub di halaman X itu mengundang pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang menyifatkan pendapatan golongan tersebut lebih banyak daripada mereka yang bekerja. "Percaya atau tidak kalau pendapatan mereka ni lebih besar daripada kita semua. "T20 yang buat kerja B40. Sebab itu aku tak bagi walau sesen pun pada pengemis. Pelayar X meninggalkan reaksi kurang senang pada video tersebut. "Dah boleh kutip pengemis ni jadikan buruh paksa biar dia tahu macam mana rasa cari duit," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang mengecam sikap murah hati masyarakat sehingga menyebabkan golongan pengemis semakin bertambah dan enggan melakukan pekerjaan meskipun mempunyai cukup sifat dan sihat tubuh badan. Malah ada yang beranggapan kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang melarang meminta sedekah kerana terdapat banyak sindiket seumpama itu. "Kena ada undang-undang yang melarang minta sedekah. Kalau betul susah, dia boleh pergi ke pejabat zakat, ahli politik atau jabatan kebajikan... badan nampak sihat. "Rakyat Malaysia pemurah, tak perlu dinafikan. "Kalau datang dekat aku cukup sifat dan dewasa, aku pass! Aku lebih suka sedekah atau bagi tip pada tukang isi minyak atau rider dan makcik cleaner. Mereka layak dapat ekstra. "Kadang tu apabila fikir nak bagi sedekah, aku bagi tip pada rider," ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube