suria

Gempa bumi sederhana di Sulawesi, Malaysia turut rasai gegaran

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi. -Gambar MET

GEGARAN gempa bumi di Indonesia pada pagi Isnin, turut dirasai di beberapa kawasan di Malaysia.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia pada pukul 11.50 pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meterorologi Malaysia (MET), pusat gempa bumi itu terletak di 0.4 utara dan 122.3 timur dengan kedalaman 135 kilometer (km), iaitu 97km barat laut dari Gorontalo.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," katanya dalam satu kenyataan MET di laman sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain