suria

BN pertahan kerusi DUN Pelangai, Amizar peroleh majoriti 2,949 undi

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam mempertahankan kerusi DUN Pelangai. -Gambar FB Amizar Abu Adam

BARISAN Nasional (BN) mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Sabtu.

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat (4,375 undi) dan Bebas yang ditandingi Haslihelmy DM Zulhasli (43 undi).

ARTIKEL BERKAITAN: Suasana hiba ketika pengebumian Adun Pelangai... Ahmad Zahid, Ismail Sabri turut iringi perjalanan terakhir Allahyarham Johari

Amizar menang dengan majoriti undi sebanyak 2,949 iaitu berkurang berbanding 4,048 undi yang dimenangi penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul sebentar tadi.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian Johari yang terbabit dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada Ogos lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain